IBADAH KORBAN/AKIKAH DI KEMBOJA

DOWNLOAD BORANG DISINI

Keadaan Umat Islam Di Negara Kemboja Adalah Amat Menyedihkan, Umat Islam Di Sana Sangat Kurang Daging, Kebanyakan Mereka Tak Dapat Makan Daging,kerana daging disana amat mahal, sekilo RM23 mata wang disana sama dengan 23ribu Rial, 23 ribu Rial itu bagi orang kemboja nilainya sangat tinggi, oleh itu mereka hanya akan dapat makan / merasai daging itu di musim Qurban saja, Itu Pun Jika Ada Insan-insan Yang Bermurah Hati Untuk Berqurban DiSana.

mereka selalu mengharapkan ehsan dari orang malaysia, bila ada ustaz-ustaz balik dari malaysia mereka akan bertanya tentang korban, termasuk saya sendiri. ingin mengatahui tentang saya lebih lanjut sila KLIK DISINI….

sebab orang malaysia di kenal memang baik hati dan banyak bersedakah, kebanyakan bantuan-bantuan seperti pembinaan masjid, sekolah dan lain-lain memang datang dari malaysia termasuklah korban.

oleh itu saya sangat berharap bahawa kita teruskan amalan yang baik ini sampai bila-bila selagi mana kita mampu untuk melakukan nya.

saya bagi pehak orang kemboja mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat malaysia yang telah melaksanakan ibadah korban ke kemboja, melalui saya / melalui ustaz-ustaz lain, moga-moga di murahkan rezaki dan di panjangkan umur oleh allah SWT.

UNTUK MAKLUMAT TUAN/PUAN TARIKH TAMAT TEMPOH IBADAH KORBAN PADA 03.11/2011, TETAPI BAGI IBADAH AKIKAH AKAN DI BUKA SEPANJANG TAHUN.

KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI / INGIN MENDAPAT MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI….

USTAZ YAHYA AL-HAFIZ..012 6445007 imam surau asy symul bandar rincing.

HAJI OMAR BIN PARKAN..012 3151109 timbalan pengurusi surau asy syumul.

untuk memudahkan tuan/puan BAYARAN boleh dilakukan melalui akaun Maybank atas nama MIN YAHYA, No AC 1627 3108 0955, selepas itu sila hubungi saya / SMS nama peserta di No 012 6445 007, atau Emailkan nama peserta kepada yahyahafiz46@yahoo.com

UNTUK BULAN PAUSA SATU BAHAGIAN KORBAN RM 235, SATU BAHAGIAN AKIKAH RM 270, KAMBING SEEKOR RM 600. mulai satu syawal harga bagi satu bahagian korban ialah RM250, akikah RM280, kambing RM650, Harap maklum.

INILAH SEBAHGIAN DARI APA YANG TELAH DILAKSANAKAN MELALUI USTAZ YAHYA AL-HAFIZ 2010.

KELEBIHAN IBADAH KORBAN

Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada musim haji ialah ibadah korban. Waktu penyembelihannya bermula sebaik-baik saja selesai menunaikan sembahyang sunat Aidiladha sehingga terbenam matahari pada hari tasyrik 13 Zulhijjah.

Sesungguhnya ibadah korban itu hukumnya sunat muakkadah iaitu sunat yang sangat dituntut, lebih-lebih lagi kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahi rezeki kepada mereka. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :

“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini”. (Riwayat Ibnu Majah)

Manakala dari segi kelebihan ataupun fadilat yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam melakukan ibadah ini di antarnaya ialah:

1. Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wataala.

2. Dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat.

3. Bulu-bulu binatanga yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan.

dan banyak lagi hadis-hadis tentang kelebihan korban. cuma sedikit apa yang nak saya sampaikan disini ialah, berkorbanlah dengan ikhlas kehadharat allah, kerana dengan ikhlas itulah amalan kita di terima oleh allah.

dan berkorbanlah pada tempat yang sepatutnya ( kena pada tempat yang memerlukan nya ) kerana dengan demikian itu kita telah sempurna melaksanakan apa yang di tuntut oleh SWT,

MOHON BANTUAN BAGI MENERUSKAN PENGAJIAN

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN

Tuan/Puan

MEMOHON BANTUAN KEWANGAN BAGI MENAMPUNG PENGAJIAN.

Dengan Segala Hormatnya Perkara Di Atas Adalah Dirujuk

Sukacita Dimaklumkan, Bahawa Saya MIN YAHYA, No. Passport : N0901808, No. Metrik Card : AN562, ( Nama Penuh Saya Ialah Yahya Al-Amin Al-Hafiz, Saya Telah Menghafal Al-Quran Sejak Umur 12 Tahun Dan Mengambil Masa 11 Bulan Untuk Mengkhatamkan Al-Quran ) Adalah Pelajar Tahun Satu Dalam Bidang Ijazah Sarjana Muda The Science Of Al-Quran Di Al-Madinah International Unversity (MEDIU). Saya Merupakan Pelajar Dari Negara Kemboja Dan Saya Melanjutkan Pengajian Di Universiti Ini Adalah Dibawah Tanggungan Sendiri.

Untuk Makluman Kepada Pihak Tuan/Puan,  Anggaran Jumlah Yuran Pengajian Saya, Termasuk Sewa Rumah & Perbelanjaan Harian, Saya Memerlukan Sekurang-Kurang Nya RM 1000 Sebulan, Buat Masa Sekarang Saya Masih Lagi Ada Kekurangan Dan Memerlukan Bantuan Dari Pihak Tuan/Puan, Semoga Saya  Dapat Meneruskan Pengajian Di Universiti Ini, Memandangkan Orang Islam Di Kemboja Sangat Kurang Alim Ulama.

Oleh Sebab Itu, Saya Ingin Memohon Jasa Baik Dari Pihak Tuan/Puan Agar Dapatlah Kiranya Menghulurkan Bantuan Kepada Saya Mengikut Kemampuan Tuan/Puan Demi Saya Dapat Meneruskan Pengajian Di Universiti Ini. Bantuan Atau Sumbangan Kewangan Tuan/Puan Boleh Disalurkan Melalui Akaun Maybank Atas Nama:

MIN YAHYA,  No. Akaun ( 1627 3108 0955) Atau  Hubungi Saya 0126445007

Saya Memohon Maaf Sekiranya Surat Ini Mengganggu Ketenangan Pihak Tuan/Puan. Segala Kerjasama Dan Pertimbangan Yang Diberikan Dari Pihak Tuan/Puan Amatlah Dihargai Dan Didahului Dengan Jutaan Terima Kasih.

Sekian, wassalam

                                                                    

Yang Benar,

………………………

                                                        

MIN YAHYA

HUKUM BERKAITAN AKIKAH

SOALAN & JAWAPAN

Aqiqah menurut Islam

1: Apakah itu aqiqah?
J: Aqiqah menurut bahasa ialah ‘memotong’. Pada asalnya ia merujuk pada rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan aqiqah kerana ianya harus dipotong (dicukur).
Menurut istilah pula aqiqah ialah haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu. Wallahuaklam

2: Bagaimanakah sejarah bermulanya ibadah aqiqah?
J: Diriwayatkan oleh Buraidah bahawa, “Pada zaman Jahiliyyah apabila kami mendapat seorang anak lelaki, maka kami menyembelih seekor kambing, maka kami mencukur kepala bayi tersebut, lalu kepalanya kami sapu dengan darah kambing yang disembelih itu”.

Menurut riwayat Ibnu Sakan pula, “Orang-orang Jahiliyyah meletakkan kapas yang telah dicelup dengan darah aqiqah lalu kapas yang penuh dengan darah tersebut disapu ke ubun-ubun bayi yang baru saja dilahirkan itu. Setelah datangnya Islam, perkara itu tidak dibenarkan oleh Rasullullah S.A.W. Baginda menyuruh menggantikannya dengan meletakkan haruman kasturi pada kepala bayi yang baru dilahirkan itu.

Apabila kita melihat penjelasan tentang sejarah ibadah aqiqah seperti di atas, tradisi aqiqah ini adalah suatu tradisi yang diterima oleh Islam dengan mengadakan pembetulan pada bahagian-bahagian tertentu. Hikmah penyembelihan aqiqah itu diterima oleh Islam kerana aqiqah itu merupakan suatu upacara yang memperlihatkan kegembiraan, mensyukuri nikmat, serta merupakan suatu ibadah sosial. Wallahuaklam

3: Apakah hukum melaksanakan ibadah aqiqah?
J: Hukum melaksanakan aqiqah untuk anak yang baru dilahirkan adalah sunat dan sangat digalakkan di dalam Islam. Pendapat yang sedemikian adalah pendapat jumhur imam-imam dan ahli fiqh. Oleh itu hendaklah ibu bapa melaksanakannya jika ada kemampuan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W ini. Sehingga ia juga akan menerima keutamaan dan pahala di sisi Allah S.W.T.
Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis:
“Sesungguhnya manusia pada hari kiamat nanti akan diminta tanggungjawabnya atas aqiqah, sebagaimana akan diminta tanggungjawabnya atas solat-solat lima waktu.” Wallahuaklam

4: Apakah hikmah melaksanakan ibadah aqiqah?
J: Hikmah di sebalik pelaksanaan ibadah aqiqah itu sangat banyak, hanya Allah yang mengetahuinya, akan tetapi ulama telah menggariskan beberapa hikmah yang dapat difahami, antaranya:
Pertama, aqiqah itu merupakan suatu ibadah yang bertujuan mendekatkan diri anak kepada Allah S.W.T dari peringkat awal lagi.
Kedua,sebagai fidyah (tebusan) untuk menebus diri anak dari segala mara bahaya dan bala bencana, sebagaimana Allah telah menebus Nabi Ismail dengan seekor kibas.
Ketiga, sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kurniaan anak dan nikmat rezeki.
Keempat, mengukuhkan lagi pertalian kekeluargaan dan hidup bermasyarakat melalui jamuan dan agihan lauk daripada daging aqiqah.
Kelima, untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah pada hari kiamat.
Wallahuaklam

5: Siapakah yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan aqiqah?
J: Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa yang dikurniakan anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T. Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” Hadis Riwayat Tirmidzi. Wallahuaklam

6: Apakah perbezaan antara aqiqah dan korban?
J: Antara perbezaan yang wujud di antara aqiqah dan korban ialah;

  1. Aqiqah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah korban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.
  2. Daging sembelihan aqiqah sunat diagihkan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam keadaan mentah.
  3. Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah, sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang.
  4. Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan korban tidak disunatkan demikian.

7: Bilakah waktu paling baik untuk melaksanakan aqiqah?
J: Dalam menentukan waktu yang terbaik untuk seseorang itu melaksanakan aqiqah, kita perhatikan pandangan Imam Ahmad ibn Hanbal yang menyatakan bahawa penyembelihan aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh, jika tidak dapat maka pada hari keempat belas, jika tidak dapat juga maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu. Adapun jika pada hari-hari tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak berkemampuan, maka penyembelihan boleh dilakukan pada hari-hari lain yang memungkinkannya melaksanakan aqiqah tersebut.
Rasulullah S.A.W bersabda;
“ Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.
Wallahuaklam

8: Apakah yang perlu dibaca ketika penyembelihan haiwan aqiqah?
J: Sudah menjadi intipati amalan dalam Islam bahawa setiap amalan itu perlu didahului dengan doa. Ini bagi menambahkan lagi kesempurnaan sesuatu ibadah itu. Maka dalam konteks penyembelihan haiwan aqiqah, pertama, saudara perlu membaca Bismillahirrahmanirrahim. Kemudian diikuti dengan doa “Oh Tuhan, ini adalah aqiqah si Polan (sebut nama anak), ia merupakan nikmat daripada-Mu, dan kepada-Mu kami kembalikan.” Wallahuaklam

Ketentuan aqiqah untuk anak lelaki dan perempuan

1: Apakah ketentuan aqiqah bagi anak lelaki dan anak perempuan?
J: Perlaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan untuk anak lelaki dan juga anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud;
“Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah bersabda;
“Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing.” Hadis riwayat Ibn Abi Syaiban.
Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara;
Pertama; baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama disyariatkan supaya dilaksanakan aqiqah.
Kedua; perbezaan bahawa anak lelaki dengan dua ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing. Wallahuaklam

2: Apakah haiwan sembelihan yang dibolehkan untuk ibadah aqiqah?
J: Menurut jumhur ulama, haiwan yang dibolehkan untuk disembelih bagi ibadah aqiqah ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas. Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;

  1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
  2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
  3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
  4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
  5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.

3: Bolehkah seekor kambing dikongsi oleh dua orang anak bagi tujuan aqiqah?
J: Menurut hadis-hadis yang diriwayatkan berkenaan dengan penentuan jumlah atau bahagian haiwan ternakan yang perlu bagi ibadah aqiqah, kita dituntut melaksanakan aqiqah dengan menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan atau seekor kambing bagi anak lelaki jika kurang berkemampuan. Walau bagaimanapun tidak ada hadis yang menyatakan keharusan berkongsi seekor kambing untuk dua orang anak bagi ibadah aqiqah. Jika seseorang kurang berkemampuan menunaikan tuntutan itu serentak, maka tunaikanlah seorang demi seorang anak dalam perlaksanaan aqiqah mengikut kemampuan. Wallahuaklam

4: Bolehkah mengaqiqahkan anak lelaki dengan seekor kambing sahaja?
J: Anak lelaki sebaik-baiknya diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing, akan tetapi seekor kambing sudah memadai bagi tujuan menunaikan tuntutan ibadah aqiqah tersebut. Ini kerana Rasulullah S.A.W. sendiri melaksanakan aqiqah untuk cucu baginda dengan seekor kambing sahaja.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan;
“Bahawa Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” Hadis riwayat Abu Daud.
Wallahuaklam

5: Bolehkah berkongsi tujuh orang (bahagian) bagi seekor lembu dalam ibadah aqiqah?
J: Seperti yang kita sama-sama ketahui bahawa bagi anak lelaki sunat diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing, dan bagi anak perempuan sunat diaqiqahkan dengan 1 ekor kambing, akan tetapi jika sekiranya seekor lembu atau unta disembelih dengan niat menggantikan tujuh ekor kambing atau 7 bahagian aqiqah, maka ia dibolehkan. Wallahuaklam

6: Adakah wajib menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki dalam ibadah aqiqah?
J: Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki itu bukanlah suatu kemestian, kerana Rasulullah S.A.W sendiri telah melaksanakan aqiqah cucu Baginda, Hassan dan Hussain dengan masing-masing seekor kambing.
Dalam sebuah hadis telah diriwayatkan;
“Bahawa Rasulullah S.A.W telah mengaqiqahkan Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” Hadis riwayat Abu Daud.

Had umur anak dan perlaksanaan aqiqah untuk orang lain

1: Berapakah had umur untuk seseorang itu melaksanakan tuntutan aqiqah?
J: Berhubung dengan persoalan saudara tentang had umur bagi perlaksanaan aqiqah, sebenarnya ada pendapat yang menyatakan bahawa had umur seseorang bagi melaksanakan aqiqah ialah sehingga anak itu baligh. Walau bagaimanapun, mengikut pandangan Dr. Wahbah Az-Zuhaili di dalam kitabnya Fiqh al-Islami Wa Adilatuhu, bahawa “(Aqiqah) Tidak dikhususkan kepada anak ketika kecil, maka ibu bapa perlu melaksanakan aqiqah anak yang lahir walau selepas ia baligh, kerana tiada tempoh akhir bagi ibadah aqiqah.” Wallahuaklam

2: Saya berumur 30 tahun, saya difahamkan oleh ibu bapa bahawa saya belum diaqiqahkan, bolehkah saya melaksanakan aqiqah untuk diri saya?
J: Saudara, mengikut pendapat Mazhab Imam Hanbali, seseorang itu boleh melaksanakan aqiqah bagi dirinya sendiri sebagai suatu keharusan bukan sebagai suatu tuntutan, ini kerana tuntutan perlaksanaan aqiqah untuk diri saudara adalah di atas tanggungjawab ibu bapa saudara, oleh kerana mereka tidak berkemampuan sehingga saudara dewasa, maka saudara dibolehkan melaksanakannya sendiri berdasarkan pandangan Imam Hanbali tersebut. Wallahuaklam

3: Anak saya berumur 26 tahun, beliau belum kami aqiqahkan disebabkan masalah kewangan, bolehkah saya melaksanakan aqiqah untuknya sekarang?
J: Saudari, perlaksanaan aqiqah sebaik-baiknya dilaksanakan semasa anak berumur 7 hari atau 14 hari atau 21 hari atau sebelum baligh, akan tetapi aqiqah tidak dihadkan kepada anak kecil yang baru lahir sahaja, ianya juga dituntut kepada mereka yang sudah dewasa yang belum dilaksanakan aqiqah atas apa-apa sebab, maka ibu bapa hendaklah mengaqiqahkan anak mereka walaupun selepas mereka baligh kerana tiada had masa bagi tuntutan ibadah aqiqah. Wallahuaklam

4: Bolehkah mengaqiqahkan anak yatim dengan menggunakan hartanya?
J: Aqiqah adalah salah satu bentuk sedekah. Bersedekah dengan harta orang lain tidak dibenarkan di dalam Islam. Sedangkan orang yang menjaga harta anak yatim hanya pemegang amanah sementara waktu sahaja sehingga anak itu baligh. Maka melaksanakan aqiqah bagi pihak anak yatim dengan menggunakan harta anak yatim adalah tidak dibenarkan dalam Islam. Wallahuaklam

5: Bolehkah mengaqiqahkan ibu bapa yang telah meninggal dunia?
J: Aqiqah seperti yang kita ketahui adalah sebahagian daripada konsep bersedekah dalam mencari keredhaan dan mengharapkan pahala daripada Allah S.W.T. Seperti amalan sedekah lainnya yang sunnah dilakukan demi menyampaikan pahala kebajikan amalan tersebut kepada si mati, maka jika sekiranya saudari berniat ingin berbuat demikian dan saudari benar-benar mengetahui bahawa ibu bapa saudari belum diaqiqahkan, maka laksanakan dan berdoa kepada Allah S.W.T supaya menerima amalan yang saudari ingin laksanakan. Akan tetapi sekiranya ibu bapa ada mewasiatkan demikian maka wajib ditunaikan. Wallahuaklam

Penggunaan daging dan tulang haiwan aqiqah

1: Benarkah daging haiwan aqiqah sunat dimasak manis?
J: Memang benar apa yang nyatakan, berbeza dengan korban yang dagingnya sunat diagihkan secara mentah, aqiqah pula sunat dimasak dengan masakan yang manis-manis dan dibuat jamuan atau diagihkan setelah dimasak. Dalam sebuah hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah R.A.;
“Menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.” Wallahuaklam

2: Apakah hikmah daging aqiqah sunat dimasak manis?
J: Inilah antara perbezaan yang ada di antara korban dan aqiqah, daging korban sunat diagihkan dalam keadaan mentah, manakala daging aqiqah pula sunat diagihkan setelah dimasak dengan masakan yang manis. Adapun hikmah kenapa kita disarankan memasak daging aqiqah dengan masakan yang manis-manis ialah kerana ia sebagai doa harapan baik (tafa-ul), mudah-mudahan akhlak dan kelakuan anak tersebut akan menjadi baik dan manis dipandang. Wallahuaklam

3: Apakah hikmah tulang haiwan aqiqah tidak boleh dipatah-patahkan?
J: Kita dituntut supaya tidak mematahkan tulang-tulang haiwan sembelihan aqiqah, akan tetapi sunnah dipotong mengikut sendi-sendi haiwan tersebut. Ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, iaitu ketika Fatimah binti Muhammad S.A.W. mengadakan aqiqah anaknya, maka Rasulullah S.A.W. bersabda; “Makan dan jamulah seleramu tetapi janganlah kamu memecahkan tulangnya”.
Antara hikmah di sebaliknya tuntutan tersebut ialah supaya anak-anak tersebut akan membesar dengan sempurna dan tidak ditimpa perkara yang boleh mencacatkannya sehingga patah dan lain-lain. Wallahuaklam

4: Bolehkah haiwan sembelihan aqiqah dijadikan hidangan untuk kenduri kahwin?
J: Di samping menunjukkan kesyukuran kepada Allah S.W.T terhadap kurniaan anak, antara tujuan utama dianjurkan ibadah aqiqah di dalam Islam ialah untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama keluarga, jiran, rakan taulan, dan orang Islam yang miskin dengan mengadakan kenduri dan jamuan, maka mengikut pendapat Imam Syafie menyembelih haiwan aqiqah dan membuat kenduri kahwin pada masa yang sama adalah dibolehkan. Wallahuaklam

Mewakilkan pihak lain melaksanakan aqiqah

1: Bolehkah melaksanakan aqiqah anak di tempat lain atau di luar negeri?
J: Bagi menjawab pertanyaan tersebut, maka di sini kita kemukakan pandangan Sayid Al-Bakri dalam kitabnya I’anatut Tolibin, beliau menyatakan bahawa sah dan boleh berwakil pada pembelian korban dan aqiqah, dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya diri berada di luar negeri. Wallahuaklam

2: Bolehkah mewakilkan penyembelihan aqiqah anak kepada pihak tertentu?
J: Telah menjadi suatu amalan umat Islam di mana-mana bahawa mereka mewakilkan penyembelihan aqiqah kepada pihak tertentu, sama ada imam masjid, tukang sembelih atau syarikat tertentu seperti yang berlaku di Makkah sama ada pada musim Haji mahupun di luar musim Haji. Maka mewakilkan penyembelihan aqiqah kepada pihak lain yang dipercayai dan amanah adalah suatu yang dibenarkan oleh agama bagi memudahkan umat Islam melaksanakannya. Ini bertepatan dengan pendapat Sayid Al-Bakri di dalam kitabnya I’anatut Tolibin. Wallahuaklam

3: Bolehkah seseorang itu melaksanakan aqiqah tanpa melihat penyembelihan haiwan aqiqahnya?
J: Sayid Al-Bakri dalam kitabnya I’anatut Tolibin menyatakan bahawa adalah sah dan boleh berwakil pada pembelian korban dan aqiqah dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya diri berada di luar negeri. Ini bermakna orang yang dimaksudkan oleh Sayid Al-Bakri itu sudah tentu tidak dapat melihat sendiri aqiqah yang dilaksanakan bagi pihaknya oleh pihak tertentu. Maka hukumnya adalah dibolehkan. Wallahuaklam

Pengagihan daging haiwan aqiqah

1: Siapakah yang layak menerima daging sembelihan aqiqah?
J: Mereka yang paling layak menerima sedekah adalah orang fakir dan miskin dari kalangan umat Islam, begitu juga dengan aqiqah, mereka yang paling layak menerima adalah orang miskin di kalangan umat Islam. Walau bagaimanapun berdasarkan beberapa buah hadis dan amalan Rasulullah dan para sahabat, kita disunatkan juga memakan sebahagian daripada daging tersebut, bersedekah sebahagian dan menghadiahkan sebahagian lagi. Apa yang membezakan aqiqah dan korban ialah kita disunatkan memberikan sebahagian kaki kambing aqiqah tersebut kepada bidan yang menyambut kelahiran tersebut. Wallahuaklam

2: Bolehkah mengagihkan daging aqiqah kepada jiran yang bukan Muslim?
J: Kegembiraan serta kesyukuran kita menyambut kelahiran tidak akan meriah atau begitu dirasakan jika tidak diraikan bersama saudara mara terdekat dan jiran tetangga. Maka semua mereka yang disebut tadi perlu merasakan sesuatu bagi sama-sama meraikan kegembiraan kita, bahagian yang diagihkan kepada orang Islam dipanggil sedekah, adapun yang diberikan kepada orang bukan Islam dipanggil hadiah. Dan memangpun menjadi hak jiran itu sama ada Muslim atau sebaliknya merasa gembira dengan kegembiraan kita dan bersedih dengan kesedihan kita, maka kita berpendapat bahawa menghadiahkan sedikit masakan jamuan aqiqah kepada jiran yang bukan Muslim tidak bertentangan dengan tujuan asal sambutan aqiqah itu dianjurkan. Bahkan jika kita tidak menghadiahkan sedikit makanan kepada jiran tersebut ianya akan membawa kesan yang kurang baik seperti perasaan kecil hati, tekanan perasaan anak-anak jiran yang terbau masakan jamuan tersebut dan lain-lain. Wallahuaklam

3: Bolehkah bersedekah dengan kesemua daging aqiqah?
J: Memang tujuan sebenar tuntutan aqiqah ialah bersedekah bagi melahirkan kesyukuran atas kurniaan anak yang baru dilahirkan, akan tetapi jika sekiranya seseorang ingin mengambil keberkatan ibadah tersebut dengan memakan sedikit daripadanya adalah dibolehkan. Walau bagaimanapun bersedekah dengan semua daging aqiqah tersebut kepada yang memerlukan amatlah baik. Wallahuaklam

4: Bolehkah diberikan sebahagian daripada daging aqiqah kepada bidan yang menyambut anak?
J: Memang kita dituntut memberikan sebahagian daging aqiqah kepada bidan yang menyambut dan merawat anak yang baru dilahirkan itu, bahkan kita disarankan memberikan kaki belakang sebelah kanan haiwan yang disembelih tersebut kepada bidan berkenaan. Hal ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim yang disahihkannya, bahawa “Fatimah telah melakukan hal sedemikian itu atas perintah Rasulullah S.A.W.” Wallahuaklam

5: Adakah sunnah memberikan kaki haiwan aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran anak?
J: Memang benar apa yang dinyatakan. Adalah disunatkan memberi kaki kanan belakang haiwan sembelihan aqiqah anak kita kepada bidan yang menyambut dan merawat anak tersebut. Ini bertepatan dengan apa yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W seperti dalam sebuah hadis riwayat Al-Hakim yang disahihkannya, bahawa “Fatimah telah melakukan hal sedemikian itu atas perintah Rasulullah S.A.W.” Wallahuaklam

6: Bolehkah menjual kulit haiwan aqiqah?
J: Hakikat aqiqah sebenarnya adalah suatu bentuk sedekah, maka apa yang terbaik bagi sesuatu sedekah itu benar-benar dapat dimanfaatkan oleh pihak ketiga iaitu saudara mara, jiran tetangga dan orang miskin di kalangan umat Islam, maka menjual sesuatu daripada haiwan aqiqah itu mengurangkan nilai sedekah yang ingin dicapai dalam ibadah aqiqah tersebut. Maka jumhur ulama mengatakan bahawa tidak boleh dijual apa-apa bahagian daripada haiwan sembelihan aqiqah tersebut. Tetapi ada pendapat dalam mazhab Hanbali mengatakan ia boleh dijual asalkan nilai tersebut dimanfaatkan oleh masyarakat awam. Wallahuaklam

7: Bolehkah seseorang menjual sebahagian daripada daging aqiqah anaknya?
J: Hikmah agama Islam menggalakkan kita melaksanakan ibadah aqiqah ialah untuk menunjukkan rasa syukur dengan berkongsi nikmat Allah S.W.T. dengan umat Islam yang lain terutama saudara mara yang terdekat dan saudara seagama yang kurang bernasib baik Adapun menjual daging tersebut tidak dapat mencapai matlamat tersebut, maka menjual daging aqiqah adalah tidak dibolehkan. Wallahuaklam

Hukum melumurkan darah haiwan aqiqah pada anak atau pintu rumah

1: Apakah hukum melumurkan darah haiwan sembelihan aqiqah ke atas kepala anak yang baru dilahirkan?
J: Adalah makruh melumurkan darah haiwan sembelihan aqiqah di kepala anak yang diaqiqahkan. Ini kerana Rasulullah melarang daripada perbuatan yang sedemikian. Dalam sebuah hadis daripada Aisyah R.A.;
“Mereka di zaman jahiliyyah menyapu darah haiwan aqiqah dengan kain lalu dilumur ke atas kepala anak yang baru dilahirkan itu, maka Nabi S.A.W memerintahkan mereka menukarkan darah tersebut dengan wangian.” Wallahuaklam

2: Apakah hukum bagi orang yang melumuri pintu rumah dengan darah haiwan aqiqah ataupun korban bagi tujuan dijauhkan dari syaitan?
J: Adapun orang yang melumuri pintu rumah mereka dengan darah aqiqah atau korban adalah salah dan haram dari hukum agama. Ini kerana ia termasuk perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah S.A.W, dan kepercayaan yang mengatakan akan dijauhi syaitan apabila menyapu darah korban ataupun aqiqah pada pintu rumah adalah bertentangan dengan pegangan akidah umat Islam. Wallahuaklam

Sunnah lain yang boleh dilakukan pada hari penyembelihan aqiqah

1: Apakah sunnah lain yang boleh dilakukan pada hari penyembelihan aqiqah anak?
J: Berdasarkan kepada amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dan para sahabat, maka beberapa sunnah boleh dilakukan pada hari penyembelihan aqiqah tersebut, antaranya;

  1. Mencukur rambut bayi tersebut pada hari ketujuh kelahirannya.
  2. Memberikan nama pada bayi tersebut.
  3. Bersedekah dengan emas atau perak seberat rambutnya yang telah dicukur.
  4. Mengkhatan bayi tersebut.

Wallahuaklam

2: Adakah sunat mengkhatankan anak pada hari aqiqah?
J: Memang benar, mengkhatankan anak pada hari ketujuh dan hari penyembelihan aqiqahnya adalah sunat. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Al-Baihaqi daripada Aisyah R.A. “Bahawasanya Nabi S.A.W mengkhatankan Hassan dan Hussain pada hari ketujuh dari hari kelahiran mereka.” Wallahuaklam

3: Apakah yang boleh dilakukan jika hari ketujuh anak jatuh pada Hari Raya Korban?
J: Pada Hari Raya Korban kita disunatkan menyembelih haiwan korban, begitu juga pada hari ketujuh kelahiran seorang anak, kita dituntut melaksanakan aqiqah untuk anak tersebut, jadi apabila bertemu Hari Raya Korban bertepatan dengan hari ketujuh kelahiran anak, maka mengikut pandangan ulama mazhab Imam Ahmad ibn Hanbal, saudara boleh menggabungkan niat perlaksanaan aqiqah anak dengan niat korban, seperti mana jika bertemu hari Jumaat dengan hari raya maka saudara boleh niatkan mandi sunat keduanya dengan sekali mandi sahaja. Wallahuaklam

Rujukan:

1. Al-Iqna’ Fi Halli Alfaz Abi Syuja’ – Khotib Syarbini
2. Fiqh Islami – Wahbah Az-Zuhaili
3. Fiqh As-Sunnah – Sayyid Sabiq
4. Sirajul Wahhaj ‘Ala Matnil Minhaj Lil Imam Nawawi.
5. Korban & Aqiqah – Haji Ahmad Fuad Said
6. Panduan Aqiqah Khatan & Korban – Muhammad Isa Selamat
7. Ibadat Korban, Hukum & Cara Pengendaliannya – Jabatan Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam.

HUKUM BERKAITAN KORBAN

Syariat Korban

Korban ialah penyembelihan haiwan tertentu pada tanggal 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan maksud untuk mendekatkan diri kepada Allah. Perintah berkorban telah disyariatkan oleh Allah kepada kita pada tahun ke 2 hijrah bersamaan dengan perintah solat Eidul Adha dan zakat.

Firman Allah swt yang bermaksud:
Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah.”
Al-Kautsar:

2. Menurut pendapat yang masyhur, maksud solat pada ayat itu ialah solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban.

Ibnu Jarir mentafsirkan ayat tersebut sebagai berikut:

“Jadikanlah solatmu ikhlas hanya untuk Allah sahaja dengan sama sekali tidak mengharapkan kepada selain daripada-Nya. Demikian juga korban yang kamu tunaikan, niatkanlah hanya untuk Allah, tidak untuk berhala, sebagai kesyukuran terhadap apa yang dianugerahkan Allah kepadamu yang tidak terhingga banyaknya.”

Nabi s.a.w juga telah bersabda yang bermaksud:

Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi ) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)

Hukum Korban

Hukum berkorban adalah sunnah muakkadah.

Sebahagian ulama mazhab Hanafi berpendapat bahawa berkorban hukumnya wajib bagi orang yang mencukupi nasab zakat. Antara rujukan mereka adalah hadis yang bermaksud:

“Barangsiapa berkelebihan (dalam harta) tetapi tidak meyembelih haiwan korban, janganlah dia mendekati masjidku.” (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Memakan Daging Korban

Daging korban wajib, contohnya seperti korban nazar adalah haram dimakan oleh orang yang berkorban. Daging korban sunat pula, contohnya seperti korban Eidul Adha adalah sunat dimakan oleh orang yang berkorban sekadar untuk sekali makan, selebihnya disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah. Diutamakan fakir miskin daripada keluarga, kemudian fakir miskin yang menjadi jiran tetangga.

Jantung hati ternakan korban sunat dimakan, kerana menurut hadis riwayat Al-Baihaqi:

Rasulullah s.a.w memakan hati korbannya.”

Allah swt juga menyuruh orang yang berkorban memakan sedikit daripadanya, sebagaimana firman Allah swt surah Al-Haj 28 yang bermaksud:

Maka makanlah olehmu sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir.”

Daging dan kulit haiwan korban dilarang diperjualbelikan, kerana menurut hadis riwayat Al-Hakim yang disahihkannya, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang menjual kulit korbannya maka tidak ada korban baginya.”

Demikian pula tidak boleh memberikannya kepada penyembelih sebagai upah. Kulit ternakan korban halal dimanfaatkan oleh yang empunya, seperti membuat bekas air dan sebagainya.

Fadhilat Korban

Keistimewaan orang yang berkorban banyak sekali. Saidina Ali Bin Abi Talib r.a telah meriwayatkan bahawa sesiapa yang meninggalkan rumahnya dnegan maksud membeli haiwan korban, maka setiap langkah dikurniakan 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, dinaikkan martabatnya 10 darjat.

• Apabila dia bercakap-cakap dengan penjual ketika membelinya, maka setiap patah kata yang diucapkannya itu adalah sama dengan satu tasbih. Dan jika dibayar harganya, maka setiap satu dirham, dia beroleh 700 kebajikan.Jika haiwan itu dibaringkan di atas tanah, maka setiap titis darah yang tertumpah, dijadikan oleh Allah 10 malaikat yang mendoakan dan meminta keampunan kesalahannya kepada ALlah sampai hari kiamat.

• Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan, maka setiap suap yang dimakan orang, baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu Nabi Ismail a.s. Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi kenderaan bagi orang yang mengorbankannya pada hari kiamat. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim.”

• Selain daripada itu orang-orang yang melaksanakan ibadah korban dipandang sebagai orang yang baik di antara umat Nabi Muhammad SAW sesuai dengan maksud sabda Rasulullah SAW:

“Umatku yang baik ialah mereka yang berkorban dan umatku yang jahat ialah mereka yang tidak berkorban.”

• Korban juga dapat menyelamatkan orang yang berkorban dari kejahatan dunia dan akhirat. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang, yakni menyelamatkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat.”

Orang-orang yang dianjurkan berkorban

Golongan yang dianjurkan atau diperintahkan untuk melaksanakan ibadah korban ialah:

  • Orang Islam
  • Merdeka
  • Baligh (Dewasa)
  • Berakal-berdasarkan ini, korban tidak diperintahkan kepada orang kafir, hamba sahaya, anak-anak dan orang gila.
  • Mampu – apa yang dimaksudkan dengan mampu ialah;

Orang yang mempunyai kelebihan belanja dan keperluan diri dan tanggungannya seisi keluarga pada hari Eidul Adha dan tiga hari sesudahnya, iaitu hari Tasyrik, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Orang yang mampu makruh meninggalkan ibadah korban, kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempunyai kelapangan tetapi tidak berkorban, maka hendaklah dia mati dalam keadaan mati Yahudi atau mati Nasrani, jika dia mahu.”

Hadis lain pula menyatakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:

“Sesiapa yang mempunyai kelapangan, tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”

Sunat hukumnya berniat untuk melaksanakan ibadah korban bagi orang yang berkorban pada tanggal 10 Zulhijjah, tidak membuang rambut atau bulu-bulu yang ada di tubuhnya, seperti berpangkas, mencukur misai atau janggut, memotong kuku dan sebagainya, hingga haiwan korbannya selesai disembelih.

Ummu Salamah menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

Apabila kamu melihat awal bulan Zulhijjah, dan salah seorang di antara kamu bermaksud akan berkorban, maka hendaklah ia menahan rambut dan kuku-kukunya.”

Haiwan Korban

Jenis haiwan yang sah untuk dijadikan haiwan untuk ibadah korban adalah:

1. Kibas, biri-biri atau domba
2. Kambing
3. Lembu, kerbau
4. Unta

Haiwan-haiwan tersebut haruslah jinak, yang terdiri daripada haiwan ternak atau peliharaan. Haiwan liar seperti kambing hutan atau seladang yang hidup di dalam rimba, tidak sah dijadikan korban.
Umur minima bagi haiwan yang boleh dijadikan korban ialah:

1. Kambing, kibas, biri-biri atau domba, lebih satu tahun.
2. Lembu, lebih dua tahun.
3. Unta lebih lima tahun.

Rupa bentuk serta kesihatan haiwan korban telah ditentukan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud:

“Empat perkara yang tidak boleh pada haiwan korban ialah yang nyata benar buta matanya, yang nyata benar sakitnya, yang nyata benar pincang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya (Riwayat Tarmizi)

Haiwan yang patah tanduknya tetapi tidak sampai mengurangi daging, sah dijadikan korban. Akan tetapi haiwan yang patah tanduknya, tercabut sampai ke pangkalnya sehingga mengurangi daging, tidak sah dijadikan korban. Haiwan yang putus telinga atau putus ekornya, jika masih melekat atau belum terpisah dari asalnya, sah dijadikan korban. Akan tetapi jika terpisah dari badannya, tidak sah dijadikan korban.

Jantina haiwan korban bukan merupakan syarat sah korban. Sah dijadikan korban haiwan jantan, betina ataupun kunsha. Haiwan yang sedang hamil tidak sah dijadikan korban. Akan tetapi haiwan yang dikebiri (dikasi), boleh dikorbankan, kerana hadis riwayat Abu Daud, Ahmad dan lain-lainnya ada menyatakan:

“Bahawa Rasulullah s.a.w. telah berkorban dengan dua ekor kibas yang telah dikebiri.”

Manakala dalam riwayat Imam Ahmad pula, Abu Rafi’i berkata:

Rasulullah s.a.w. berkorban dengan dua ekor kambing yang putih kehitaman dan buah zakarnya telah mengembang sehingga dagingnya lebih baik dan enak. Kemudian beliau meyerukan untuk berlumba-lumba memilih haiwan korban yang terbaik.”

Kadar Haiwan Korban

Seekor kambing atau biri-biri merupakan kadar minima ibadah korban yang cukup untuk satu keluarga. Pendapat ini sesuai dengan hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmidzi dan Ibnu Majah dari ‘Athaa ibn Yasar, ujarnya:

” Aku telah bertanya kepada Abu Ayub Al-Anshary: Berapakah korban yang tuan-tuan lakukan pada masa Rasulullah? Abu Aiyub menjawab: Ada seorang lelaki pada masa Nabi s.aw. berudhiyah seekor kambing untuk dirinya dan ahli keluarganya. Mereka makan sebahagian daging itu dan sebahagian diberikannya kepada orang lain, hingga manusia telah termengah-mengahan dengan udhiyah itu, dan terjadilah seperti engkau persaksikan sekarang ini.”

Seekor lembu atau unta boleh dikongsi 7 orang, kerana menurut hadis Muslim dari Jabir:

Pada musim haji, Rasulullah s.a.w. telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.”

Hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Al-Barqani menyatakan:

“Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami: “Berkongsilah kamu dengan seekor unta dan lembu, untuk 7 orang seekor.”

Di samping itu, pernah para sahabat berkongsi 10 orang untuk satu unta yang dijadikan korban tanpa dilarang oleh Rasulullah s.a.w.

Waktu Penyembelihan

Waktu penyembelihan haiwan korban bermula apabila khatib turun dari atas mimbar selepas khutbah solat Eidul Adha pada 10 Zulhijjah sehingga terbenamnya matahari pada 13 Zulhijjah.

Maka tempoh menyembelih haiwan korban hanya empat hari dalam setahun iaitu pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.

Sesiapa yang menyembelih korban sebelum atau sesudah waktu itu, tidak sah korbannya, kerana maksud hadis riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan:

“Yang mula-mula kami perbuat pada hari kami ini (hari raya haji) ialah kami solat kemudian pulang, lalu kami meyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka dia sesuai dengan sunah kami. Sebaliknya sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disuguhkan kepada keluarganya tidak sedikitpun termasuk ibadat (korban).”

Mewakilkan Korban

Said Sabiq dalam kitabnya “Fiqhus Sunnah”, membolehkan daging korban dipindahkan ke negeri lain.

Juga dibolehkan wang dari suatu negara ke negara lain dengan tujuan untuk membeli haiwan korban dan menyembelihkannya di negeri itu.

Said Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Mazhab Syafi’e di Mekah, pernah ditanya orang tentang masalah itu dan juga apakah sama hukumnya dengan aqiqah?

Said Al-Bakri dalam kitabnya “I’anatut Thalibin” memuat jawapan terhadap pertanyaan tersebut, jawabnya ialah sah dan boleh berwakil untuk pembelian korban dan aqiqah dan boleh pula berwakil untuk menyembelihnya walaupun orang yang empunya di luar negeri.

Imam kita (mazhab Syafi’e) berpendapat bahawa orang yang halal sembelihannya boleh berwakil kepada orang lain untuk menyembelih korban. Dan boleh pula berwasiat untuk membeli haiwan dan menyembelih korban. Sedangkan yang empunya korban itu sunat menyaksikan upacara penyembelihan korbannya.

Dalam hal ini hukumnya adalah sama dengan hukum untuk ibadah aqiqah.

Penentuan hukum ini bersandarkan sebuah riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah mengirim haiwan hadiah (korban) dari Madinah ke Mekah untuk disembelih di Mekah.

Walaupun begitu, tidak boleh seseorang melakukan korban bagi pihak orang lain kecuali dengan izin orang yang bersangkutan itu. Syarat ini tidak termasuk ibadah korban yang dilaksanakan untuk ahli keluarga sendiri .

Maka ayah boleh menyembelih korban untuk anaknya, dan begitu juga sebaliknya, anak boleh menyembelih korban ibu yang menjadi tanggungannya, meskipun yang bersangkutan tidak diberitahu.

Adapun orang yang sudah mati sedangkan pada masa hidupnya ada berwasiat untuk berkorban, maka ahli warisnya hendaklah melaksanakan korban untuknya. Wasiat itu dianggap sebagai izinnya.

Menyembelih Korban

Perkara yang disunatkan ketika penyembelihan korban adalah:
1. Bermula dengan “Bismillahir rahmanir rahim.” Imam Malik menyatakan bahawa setiap penyembelihan yang tidak bermula dengan “bismillah” hukumnya haram, baik ditinggalkan dengan sengaja atau lupa.

Imam Abu Hanifah pula berpendapat, jika ditinggalkan dengan sengaja, haram, tetapi jika ditinggalkan kerana lupa, halal. Imam Syafi’e berpendapat sunat membacanya. Jika tertinggal baik dengan sengaja atau lupa, hukumnya halal, asal saja penyembelih itu orang yang mengetahui.

2. Takbir tiga kali sesudah membaca bismillah.

3. Selawat dan salam kepada Nabi s.a.w.

4. Mengadap kiblat.

5. Doa supaya korban itu diterima oleh Allah, seperti membaca:

Maksudnya: “Ya Allah, nikmat ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, maka terimalah daripadaku.”

6. Mengasah pisau supaya lebih tajam.

7. Menyorong dan menarik serta menekan pisau dengan kuat ke leher haiwan.

8. Membaringkan haiwan itu dengan lambung kirinya ke tanah atau tangan kiri penyembelih sebelah kepala haiwan.

9. Mengikat semua kakinya dengan tali kecuali kaki kanan sebelah belakang.

10. Sembahyang sunat dua rakaat, selepas menyembelih seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Buangkan pisau yang ada di tanganmu, kemudian rukuklah (solatlah) dua rakaat kerana sesungguhnya tiada seorang yang solat dua rakaat (selesai meyembelih) dan memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memperkenankannya.”